Zikir
Zikir adalah satu tuntutan Kesannya dirakamkan di dalam Al-Quran. Hati menjadi tenang. Itu janji Allah . Bicara Baginda Rasul (baca selawat) juga mengajak umatnya untuk berzikir. Baginda (baca selawat) sentiasa tenang Berzikir meningkatkan aktiviti otak. Kesan pada otak menakjubkan Ucapan berulang menyebut Asmaul Husna menurunkan gelombang otak. Turun sehingga 110hz. Kesannya ada pada otak di belakang dahi manusia Dikenali sebagai PreFrontal Cortex (PFC). PFC ini adalah CEO untuk otak manusia. Zikir dikesan mengalihkan aktiviti otak dari bahagian yang memproses bahasa ke bahagian yang memproses emosi. ✨ Sebab itu dalam zikir lahir emosi. ✨ Sebab itu dalam zikir membutir air mata. Selalunya mengalir deras Zikir meningkatkan kemampuan memori. Sebabnya? Bahagian yang dirangsang dengan zikir ialah Hippocampus. Ladang memori otak manusia. ⤵️ Bahagian ini membesar disebabkan zikir. Zikir juga meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex...