Bani Manaseh
BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?
Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.
Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:
01. Reuben
02. Simeon03. Levi
04. Judah
05. Issachar
06. Zebulun
07. Dan
08. Naphtali
09. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf AS sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof AS menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.
Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf AS) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).
Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali.
Keputusan beliau perolehi adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan bani Israel mereka. MALA ADALAH ‘THE LOST TRIBE’ YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI ‘THE TRIBE OF DAN’.
Jadi, kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf AS) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf AS).
Nabi Yusuf AS ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Dari mana salasilah “Melayu”? Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf AS? Kenapa? MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?. Apakah itu “3Mim”? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?
MELAYU – JAWI
Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.
Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!
.
KETURAH, IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim AS selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim AS. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim AS ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak AS telah merayu Nabi Ibrahim AS untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim AS bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa.
Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim AS. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob AS. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim AS di kalangan bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.
INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM AS). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.
Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim AS (ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’) tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya.
Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’- menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim AS dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri.
Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim AS. Jadi, jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim AS dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis.
Comments
Post a Comment