Cakra Dan Tubuh Badan

Kaitan Cakra Dan Tubuh Badan Serta Penyakit Yang Timbul akibat Ketidakseimbangan Cakra

Cakra Dasar
Cakra Dasar adalah asas bagi medan energi tubuh kita dan dan juga pintu energi dari Pusat Tenaga Bumi ke tubuh badan.
Lokasi : Tulang Ekor / Tulang Sulbi
Emosi Yang Berkaitan : Daya ketahanan berkaitan duit atau makanan. Cakra dasar yang tidak seimbang mengakibatkan perasaan tidak selamat, mudah marah, baran, dan obsesi terhadap kehidupan materialistic.
Fizikal Yang Berkaitan : Sembelit, Anaemia (Kekurangan Sel Darah Merah) dan sistem pundi kencing yang tidak berfungsi dengan baik.

Cakra Seks
Cakra Seks mewakili hubungan, kebolehan mengatasi perasaan malu, anti-sosial dan pengalaman baru.
Lokasi : 5-10 cm di bawah pusat
Emosi Yang Berkaitan : Sentimen malu yang berlebihan, perasaan ketidaksejahteraan, perasaan tidak menikmati kepuasan, ketagihan seks, emosi yang terpisah waktu hubungan intim, dan kecenderungan kepada gaya hidup yang tidak sihat dan berisiko tinggi.
Fizikal Yang Berkaitan : mempengaruhi sistem kesuburan, jangkitan kuman pada alat sulit, kencing manis, sakit pinggang, dan isu sakit puan.

Cakra Perut (Solar Plexus)
Cakra Perut mengawal kebolehan untuk keyakinan diri, dan mengawal kebolehan untuk menguruskan kehidupan sendiri.
Lokasi : Beberapa inci di atas pusat
Emosi Yang Berkaitan : Pemakanan yang tidak menentu, kesempurnaan diri dan kritikan terhadap orang lain dan diri sendiri.
Fizikal Yang Berkaitan : Sistem pencernaan yang bermasalah.

Cakra Dada / Jantung
Cakra Dada mempengaruhi perasaan untuk menyayangi dan inspirasi untuk mengutamakan insan lain (perasaan penyayang)
Lokasi : Di tengah dada, atas sedikit dari jantung
Emosi Yang Berkaitan : Dikuasai emosi, mementingkan diri sendiri, berfikiran negatif terhadap orang lain, bersangka buruk
Fizikal Yang Berkaitan : Darah Tinggi dan masalah jantung.

Cakra Leher
Cakra Leher mempengaruhi kebolehan untuk berkomunikasi.
Emosi Yang Berkaitan : Tahap komunikasi yang teruk, angkuh, suka mengumpat, tak pandai menyimpan rahsia, kemurungan, kebimbangan keterlaluan, perasaan rendah diri yang keterlaluan.
Fizikal Yang Berkaitan : Sakit tekak, sakit telinga dan sakit leher.

Cakra Mata Ketiga (Ajna)
Cakra Mata Ketiga mengawal kebolehan untuk fokus, berfikir dan membuat keputusan. Juga mempengaruhi waktu untuk tidur dan bangun.
Lokasi : Di tengah dahi, di atas kening.
Emosi Yang Terlibat : Penolakan ke arah spiritual (gagal khusyuk dalm solat, contohnya), keliru dalam membuat keputusan, gagal memberi tumpuan penuh.
Fizikal Yang Terlibat : Waktu tidur yang tidak teratur, migrain, radang hidung, penglihatan yang teruk.

Cakra Mahkota
Cakra Mahkota mempengaruhi untuk ke tahap spiritual yang lebih tinggi. Ia mempengaruhi kebijaksanaan, kecantikan luar dan dalam (sikap), hubungan spiritual dan merasa kepuasan, kebahagian dan kegembiraan yang sepenuhnya dalam menjalani kehidupan.
Lokasi : Ubun-Ubun Kepala
Emosi Yang Berkaitan : Kehilangan perasaan kepercayaan kepada tuhan, minda yang tertutup, suka hidup dalam dunia fantasi berbanding berhubung dengan diri sendiri dan dunia nyata.
Fizikal Yang Berkaitan : keletihan, berat tulang, kebosanan, ketamakan, gangguan saraf dan migrain
.

Comments

Popular posts from this blog

Tahap Ilmu

Peti Tabut

Apakah Makna Pergerakan dalam SOLAT