Mengapa Kita DiUji


Setiap yang lahir ke dunia sudah ditentukan dan tertulis di Lauh Mahfudz.
.
Baik dari segi rezekinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.
.
Namun taqdir mua'allaq boleh berubah dengan adanya doa sepertimana dalam hadis ;
.
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يُزِيْدُ فِى الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ
.
“Tidak ada yang mampu menolak takdir Allah kecuali doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa”. (HR at-Tirmidzi)
.
Manusia boleh merubah nasib diri sendiri sepertimana firman Allah dalam surah ar-Ra'du ayat 11 bermaksud :
.
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
.
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
.
Kita semua sudah diberikan anugerah terbaik 'ahsani taqwim' iaitu sebaik-baik ciptaan Allah berbanding makhluk lain.
.
Alangkah ruginya jika kita tidak EXPLORE sehabis mungkin potensi kelebihan yang ada pada diri kita sendiri.
.
Semua orang boleh berjaya di dunia mahupun di Akhirat.
.
Syaratnya bila ada ILMU yang betul.
.
Kerana tanpa ilmu yang betul kita akan terlanggar dinding dan jatuh berulang kali kerana banyak 'blindspot' yang tidak nampak baik dari segi mata fizikal maupun mata hati.
.
Ianya dipanggil ilmu Hikmah...
.
Firman ALLAH Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 269 :
.
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
.
Allah menganugerahkan al hikmah (kebijaksanaan) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi banyak kebaikan. Dan hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang dapat mengambil hikmah pelajaran ini.
.
Semoga Allah kurniakan kita al-Hikmah ini supaya dapat menjadi Ummah yang kembali kuat Tauhid kepada Allah ta'ala dalam menyelusuri Akhir Zaman.
.


Credit To: Fahmy Adam

Comments

Popular posts from this blog

Penyembuhan Badan Melalui Asmaul Husna

Manusia Makhluk Energy

Tahap Ilmu